23 November 2009

Kesetiaan ini....

Payah untuk menterjemah apakah erti kesetiaan....
Abstrak dan terlalu misteri...
Menelusuri kesetiaann.....
Setia seorang anak, hanya patuh dan nampak ibu dan ayah. 
Setia seorang saudara, berasa sakit di hati bila saudara disakiti.  
Setia seorang sahabat, sanggup meredah kepayahan kala susah. 
Setia seorang kekasih, menanti teguh hingga ijab dan qabul termeterai. 
Setia seorang isteri, sanggup menelan kepayahan, senyum dalam duka, tawa dalam lara demi kasih pada keluarga yang dibina. 
Setia seorang suami.....payah untuk diteka...
Setia pada Allah terlalu indah...

Setia padaNya menjanjikan bahagia dan syurga.
Lalu, mengapa dipersia-siakan rasa setia itu kepada yang lain daripada Allah Rabbuljallil???? Tak perlu ditangisi andai kesetiaanmu berbalas curang. 
Kasih manusia tiada yang kekal
Tanya pada hatimu, imanmu,kiblatmu.....
sejauh ini sedalam mana kesetiaanmu membawa iman dan taqwamu pada sunnatullah.....
.Menangis dan kesallah pada segala kealpaan dan kekhilafanmu 
mencalar kesetiaanmu 
pada Allah dan bukan pada 
Manusia....

1 comment:

  1. Hanya Allah yang setia dengan janji manusia kepadaNya sedangkan manusia sentiasa alpa akan janji yang dilafazkan pada Allah ketika mula2 melihat dunia. Namun Allah tetap kasih dan sayang pada manusia kerana diberinya kita pilihan antara dosa dan pahala dan antara syurga dan neraka. Manusia sahaja yang tidak dapat membezakannya dan akhirnya hilang kesetiaan pada Pencipta dan akhirnya ranaplah kesetiaan dengan manusia kerana memelihara kesetiaan pada Allah itu lebih utama dan penyelamat segala kesetiaan di dunia.

    ReplyDelete